Ghulam Haider Hamidi (65 tahun) merupakan Datuk Bandar
Kandahar,
Afghanistan yang telah mati dibom oleh pengebom berani mati kumpulan
Taliban pada 27 Julai 2011. Beliau dilantik sebagai datuk bandar pada 2007 oleh Presiden Hamid Karzai.Bom itu disorok dalam serban pejuang berani mati tersebut.Selama ini, serban tidak diperiksa. Sepatutnya dia akan menggantikan
Ahmed Wali Karzai . Namanya menonjol kerana melancar
jihad menentang
rasuah dan menjadi perunding atau orang tengah dalam petikaian antara puak. Dia juga memecat jurutera dan beberapa pegawai kerana mengambil rasuah.Jurucakap Taliban ,Qari Yousef Ahmadi memberitahu
The Associated Press, Datuk Bandar telah mengarahkan supaya rumah -rumah haram di Loye Weyala diruntuhkan dengan bulldozer. Sebaik sahaja Datuk Bandar datang bekerja, penyerang meletupkan bahan letupan itu.Taliban membunuh Datuk Bandar untuk membalas dendam kematian dua kanak-kanak yang mereka mendakwa telah dibunuh semasa kerja-kerja perobohan.Hamidi adalah powerbroker ketiga dari selatan dibunuh bulan Julai ini.Hamidi pernah tinggal di
Toronto Canada dan bekerja sebagai akauntan di
Arlington,
Virginia Amerika Syarikat selama 30 tahun sebelum kembali ke
Afghanistan selepas kejatuhan Taliban pada tahun 2001. Dia dianggap sebagai sekutu Wali Karzai di Kandahar. Tetapi Hamidi beroperasi di belakang tabir.Dia dilihat lemah untuk mengambil alih Wali Karzai sebagai ketua majlis wilayah.Pada 12 Julai 2011, saudara tiri
Presiden Afghanistan Abdul Hamid Karzai ,
Ahmed Wali Karzai, telah ditembak mati di rumahnya di Kandahar oleh rakan lamanya sendiri . Ahmad Wali adalah ketua puak Popalzai. Pada 17 Julai 2011, lelaki bersenjata membunuh
Jan Mohammad Khan, penasihat kepada Presiden mengenai isu-isu puak.Lima lelaki itu mengikat diri mereka dengan bahan letupan lalu membunuh Jan Mohammad Khan. Jan Mohammad Khan merupakan bekas gabenor wilayah
Uruzgan di selatan. Seorang ahli parlimen juga telah terbunuh dalam serangan 17 Julai di rumah Khan di
Kabul.
Duta Amerika Syarikat ke Afghanistan,Ryan Crocker dan John Allen, komander baru AS dan
NATO di Afghanistan mengutuk pembunuhan itu.
[1] Masih terdapat 33,000 tentera Amerika syarikat dan
NATO di sana.Jenayah semakin meningkat ketika AS dan NATO hendak mengundurkan tenteranya pada September 2012.Pengunduran penuh dijangka pada 2014. Tentera asing menjadi sasaran terbaik bagi para pejuang. Pada April 2011, 9 orang askar AS telah dibunuh oleh juruterbang Afghan di Lapangan Terbang Kabul.
[2]